'>

Friday, December 7, 2012

Azam bakal FIVERS.

Hah korang,buat mende?Menghendap blog orang je kerja -,-*tiba-tiba*
Awal tak aku update hari ni?Hehe.Sebenarnya hari ni terbangun awal tanpa sebarang bantuan like Umi kejutkan,jam loceng ke,alarm ke apa,automatically bangun dan tengok jam dah dekat Subuh,maka ada la sikit aura bangga.Haha ntah pape,orang lain bangun awal jugak,takdoknye nak tulis dalam entri --"
Okay people,cukuplah meroyan.Aku tahu aku comel dan rajin update,jangan la eksaited sangat.Bhahaha perahsantan betul.Actually,pada pagi yang mulia ni aku nak catat azam baru sikit sempena cuti sekolah yang dah nak habis.*Ya Allah,taknak pakai uniformmmmm*

*Bangun awal dan rajin Qiyamullai*

Bukan la selama ni aku bangun lambat,tapi nak lebih awal la,gituu.*eceh eksyen je dia*.Hehe.Bila bangun awal,maka ada banyak masa untuk study,menghafaz semua.Plus,masa Subuh kan sangat awesome untuk otak sebab FRESH :3 Qiyamullai pulak,satu benda yang agak jarang aku buat,kecuali   dalam bulan Ramadhan,sebab ada sahur.Tapi best sangat Qiyamullai ni,boleh bagi inner strength gitu,also rasa dekat sangat dengan Rabbi,sebab time tu sunyi,sweet je :) Maka jam loceng,ayuhlah kita menjadi besfreng ! ^^

*Rajin buat latihan*

Memandangkan guru-guru di IQ ni sangat baik dan ihsan terhadap murid-murid mereka,maka homework adalah sesuatu yang sukar kami peroleh,macam cikgu tak sampai hati je nak bagi kerja rumah takut membebankan murid nak menghafaz Quran.Adoyai,terharu weh :') May Allah bless U teachers *walhal sebenarnya takde la membebankan sangat pun,steady je membuang masa terluang dengan melompat bintang dalam kelas*.Okay,so,kena la buat latihan sendiri-sendiri untuk meningkatkan pemahaman & ingatan,ye dok?Especially Math la.Tak tau la kenapa Math berdendam sangat dengan aku.Eii beci beci -,-

*Kurangkan beli makanan kat cafe*

Cafe Kak Na is a place where we spend our money,selain koperasi.Sebab makanan basic semuanya free di sini,sungguh jimat duit mami dedi.Aku takde la selalu sangat beli makanan,selalunya time lapar dan desperate sebab tak sempat makan kat dewan makan je la.Tsk,tragisnya.Sebab nak kurangkan?Nak jatuhkan bisnes kak Na.Haha okay gurau je.Sebabnya,bila dah bukak medan selera dalam bilik,ada sesi bercerita yang tak pernah sudah,maka semakin istiqamahlah kami membuang masa dan bila tasmi' keesokkan harinya kalut la dengan "Kau kan masyi,pergi la dulu" padahal kelmarin dia la paling semangat cop turn awal.Hoho,rindu pulak :3

*Pay full attention dalam kelas*

Aku ni tak boleh belah betul dengan diri sendiri,asal bosan sikit je mula la syaitonnirajim main jongkang-jongkit kat mata.Oleh itu,aku terpaksa la buat coretan hati dekat buku nota,kadang-kadang buku teks.Haha.Lepas tu,otak memang tak berapa nak fokus la.Selalunya time Perdagangan la aku camni sebab dalam hati cakap "Subjek ni takpe,boleh baca." --" T-E-R-U-K. Alhamdulillah masa Math okay sebab sedar diri yang slow dan payah catch-up.*bukan salah ibu mengandung*

*Kurangkan bersembang*

Mengeratkan ukhuwwah sebenarnya.Tapi ye lah,mana boleh gitu.Sekali-sekala takpe kan?Dan kalau untuk study group lagi lah takpe.Conclusionnya,takpe,mari lah kita scroll down ke azam seterusnya.Hahah

*Kurangkan balik rumah*

Yang ni tak boleh kecuali musim periksa.Hahahaha anak manja la sangat ^,^ Entah,tak janji la yang aku tak homesick dan umi tak datang ambil tiap hari Khamis.*Rumah belakang sekolah pun nak homesick ke?,-*Haha hor la ;p

*Tak study last minute*

Ni memang tabiat aku sebenarnya,sebab aku jenis mudah lupa,kalau study awal-awal pun tak guna.Haha.Tapi yang teruknya,last minute tu la baru nak baca dan sedar akan kewujudan topik tersebut dalam buku teks.Hee.Sebab selalunya cikgu-cikgu tak sempat habiskan sylibus,jadi kena baca sendiri.Esok nak exam hari ni baru nak baca?Oh peliss.

*Jaga Quran dan rajin ulangkaji*

Ni last.Maknanya harus mengulang hafazan secara maksima setiap hari dan mengulangkaji pada waktu terluang,tidak hanya goyang kaki dan tunggu SPM datang baru nak berdating dengan buku sambil buat muka  khusyuk walhal hati tengah fed up.

Ha,banyak azam aku kan?Wish me luck dan tak malas-malas lagi ya,In sha Allah (^^,)y  Moga berjaya tetapkan niat-belajar kerana Allah !

Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

Tuesday, December 4, 2012

K-E-C-E-W-A.

Ha,ada perubahan tak kat blog aku hari ni?Hee tetiba mood ejas blog sendiri datang,dengan title blog,header,habis aku tukar --"
Enough bout that.Today I wanna type bout KECEWA.Yes,kecewa.In our life,Allah uji kita dengan banyak benda tanda sayangNya pada kita.Dan mungkin,dalam menghadapinya kita akan kecewa berkali-kali.
Kecewa sebab fail exam,sebab kena marah ngan mak ayah,sebab putus cinta,sebab gaduh ngan bestfriend,and countless more.Tapi,seorang WINNER akan bangkit dari kekecewaan tu dan kembali melangkah,also ambil pengajaran.Dan LOSER akan terus kecewa,terus berada di takuk yang lama.Am i rite?
Bila difikirkan balik,kenapa nak overfeeling with the kecewa sebenarnya?Come on lah,putus cinta dengan boifreng tu bukan tanda noktah untuk hidup pun.
WAKE UP ,Allah ada ! 
"Bermulanya kekalahan ialah apabila kita berasa lemah,dan bermulanya kemenangan ialah apabila kita berjaya melawan perasaan lemah itu."
Semua orang pun pernah kecewa walau seketika,bohong kawkaw sangat la kalau cakap tak pernah.Tapi yang bezanya,antara BANGKIT dan JATUH tak bangun-bangun.
Senyumlah,la tahzan,Innallahama'assobirin !^,^
# Last week I've frustrated upon something,but yesterday Alhamdulillah,I decided to wake up and smile again :) Cukuplah Allah yang mengerti,cukuplah andai Allah ada di sisi :D "J'aime Allah et Rasulullah !"
-Reminding myself-

Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)