'>

Saturday, August 4, 2012

Edisi Ramadhan-Perlukah eksaited terlebih?

Hey dear peeps ;)

Salam Ramadhan ke-15 yek ;D "Pemalas tahap Keluangman punya owner,dah tengah-2 bulan macam ni baru nak hapdet.-,-"   Hey korang,ce husnuzon gok sekali.Kot dia busy ke ape kan?*ceh ceh konon >__<*



Di sini saya sertakan soalan-2 top bulan ini :

1."Baju raya berapa pasang?"
2."Biskut raya dah buat?"
3."Kad raya dah pos?"
4."Langsir rumah dah tukar?"
dan scroll down.scroll down....

Oh Muslim berdarah Malaysia,belum 10 malam terakhir pun,dah sibuk-sibuk nak raya.Pahala Ramadhan dah cukup perfect ke?"Jangan risau,tahun depan masih ada!" Pergh,jawapan yakin macam iklan Sunsilk.Kalau ditakdirkan ini Ramadhan terakhir kita macam mana?Nauzubillah.

"Weh yang kau duk emo-emo ni kenapa?Macam la kau tak prepare untuk raya langsung kan?!;P"

Eh menipu la kalau cakap tak prepare langsung kan.Cuma,point ceq sekarang ialah,janganlah kita menjadikan Raya itu sebagai fokus utama.Sibuk shopping,sibuk itu,sibuk ini,tapi kita tak sibukkan diri langsung pun dengan ibadah,terutama dalam mencari malam LailatulQadr.Sedangkan,Ramadhan itu yang lebih penting,dan Syawal pulak sebagai bulan kemenangan kita menahan diri & melawan nafsu.Yang kita Ramadhan tak seberapa tapi Syawal lebih-2 ni ape cerr? -,-

Kesimpulannya,selamat bersahur.Eh bukan.Kesimpulannya,jom la kita sama-2 tingkatkan kualiti & kuantiti amalan agar memperoleh syurga Ramadhan,Insyaallah ;D Tak salah pun nak 'Yayy Raya Raya is coming !' bagai,nak main mercun sampai bom rumah sebelah ke apa,janji kita tak lupa dengan Ramadhan.Bulan tarbiyah,bulan mendidik diri menjadi lebih baik supaya kita boleh amalkan di bulan-2 yang lain pula.

-Juga untuk ingatkan diri yg pelupa nih- Thanks for reading,salam wa adios ;) Nak sahur maa~ (^__~)
Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)