'>

Thursday, April 13, 2017

Confessions


Mungkin bila dah habis satu fasa, kebanyakan orang rasa it's time to move a little forward dalam hal jodoh. Confessions, fasa untuk cop pilihan hati walaupun the exact waktu untuk settle down tu belum benar-benar pasti. At least it's worth it of gagal selepas mencuba daripada terlepas menganga, something like that.
It’s sweet to know that there’s other people silently dedicating du’as for you without you knowing, it's nice that someone cares, it's good that you're surrounded by orang baik-baik BUT when your heart decides not to feel the same way, your mind tells you that you’re a jerk. You're going to feel so bad bout that but neither you nor me has ever wanted to be a heartbreaker. Tapi dalam hidup kita, sentiasa perlu untuk membuat pilihan. Dan amat perlu untuk menghadirkan Allah dalam pilihan.


Bila dah semakin meningkat umur ni, dalam kepala timbul ayat "Pada awalnya, semua orang berbangga dengan pilihan masing-masing. Namun, tak semua mampu bertahan dengan pilihan tersebut hingga ke akhirnya."

Is it wrong, to doubt that feelings really last long? Kalau betul orang suka, persoalannya sampai bila?

Kata Ibrahim al-Khawwash;

"Jangan memaksa diri untuk mencapai apa yang telah dijamin dan jangan mensia-siakan (mengabaikan) apa yang telah diamanahkan kepadamu."


Everything is all set, Allah akan susun semua dengan cara yang tepat, orang yang tepat dan masa yang tepat, wouldn't He? Jodoh, rezeki dan sewaktu dengannya tu bukan benda yang perlu dibingungkan sebab segalanya Allah akan bantu selesaikan, dan dalam usia sekarang, prioriti-prioriti lain masih di depan. Untuk diri sendiri yang masih belum matang ni, usaha hanya sebatas doa dan menjadi yang terbaik untuk semua. Tak ke?

Tapi tak sesekali aku nak kata cop awal tu salah, confess tu wrong step. Bukan. Sebab lain orang lain cara berfikir, kita yang mengenali diri kita sendiri macam mana. Kalau yakin keputusan yang kita buat tu betul, go on  je. Dan little by little saya sendiri semakin mengenali diri saya macam mana, semakin jelas apa yang nak dicapai dalam hidup. Maka, for now it just turns out to be.. not (yet) my thing anymore?😊











MashaAllah hasutan syaitan hindustan mana pulak ni wehh πŸ˜‚ For some reasons I just feel the need to write this on blog walaupun terasa macam hilang macho & awkward yang amat, lek ah first and last la ni InshaAllah hahaha ok geraklu

Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

Wednesday, April 12, 2017

Suara tolong buat comeback

Alhamdulillah hampir dua minggu dah berlalu dengan laju yang amat, berjaya tak berjaya pun kira setakat ni mampu bertahan lagi la. Walaupun penat sangatttt dan dah seminggu lebih suara serak yang tak surut sejak hari ketiga, makin teruk lagi ada sebab dah serak pun tetap kena jerit-jerit jugak bila namanya cikgu. Mengajar pulak kelas hujung yang MashaAllah bising dia tahap taska. Kalau tak jerit maunya tenggelam suara tajah. Nak menangis pun ada kadang-kadang, nikmat suara Allah tarik kejap baru ni bukan main perit. Belum nikmat bernafas lagi huhu okay insaf jap.

Mana taknya, Jadual 3 Tholhah pukul 8.00 pagi sampai 1.30 tengahari tu dibahagi berdua je dengan Kak Farwah, jadual pulak tak stabil. Ada hari yang kelas kami sama banyak, ada yang kelas dia sikit sampai 3 masa je sehari tapi saya banyak and vice versa. Kot bosan jugak la bebudak tu tengok muka kitorang, 14 subjek cikgu sama je keluar masuk haha :’) Dah la halaqah Quran 2.30-4.30 petang tu tajah sorang ni jugak yang hadap kelas depa. Dua tiga hari awal tu depa gerun lagi, tapi dah lama sikit haa start dah buat perangai nak kena campak luar tingkap. Hingaq macam pasaq. Pulak tajah ni bila dah takde suara, slow down la sikit. Nasib baik ramai je volunteer tolong jadi speaker tajah siap back up “WOII DIAM AH SIAN USTAZAH TAKDOK SUARA DOH SEBAB MU BISING SANGAT!” haha comel betul walaupun kadang-kadang dia sama je bising.

Tapi yang pandai & rajin belajar takyah diketuk banyak kali ada je. Nasa’i, Nuruddin, Izzati. Yang lain tu most of the time masuk kategori menyembang yang sekali ketuk sekali buat, atau geng “Tak bawak buku” pastu bila paksa cari dalam beg tetiba magik pulak boleh jumpa, padahal tak pandai baca nama subjek kat buku pastu malas menulis lol. Cuma boleh dikatakan majoritinya memang buat setiap kerja yang tajah bagi, tapi effort tajah kena gigih la nak ketuk banyak kali, diorang kalau menulis memang slow. Kena cari inisiatif lain macam offer gula-gula kalau siap awal, tak siap takleh rehat, rampas/campak mainan diorang luar tingkap dan sebagainya. Tapi yang cutenya diorang rajin kalau suruh tasmik/mengaji dengan tajah ^^ (sebab boleh makan madu & kismis kehkeh) . Banyak karenah betul 3 Tholhah, sebab tu dalam geram tu serius tajah sayang.

Tahap kegarangan saya rasanya dah sampai tahap medium (okay la tu newbie) keje asyik jerit & libas meja depa dengan bulu ayam besi tu je. Tapi diorang tetap cakap banyak kali - suka ustazah Alya masuk sebab garang sikit tapi baik hohoho terhawuπŸ˜†. ‘Baik’ la nak dibandingkan dengan asatizah senior lain, power woi asal cakap nak mengamuk je bunyi. Kagum, dengan aku sekali gentarrr campur kesian haha. Entah la, diri sendiri tak sampai hati nak kasar sangat sebab depa budak lagi, baya adik saya je. Harith pun slow learner so boleh paham la. Emosi sesetengah dari diorang macam belum matang sesuai umur, kejap-kejap mengamuk bergaduh pastu nanges tak tentu hala. Ada time yang kita perlu pujuk & puji, bukan marah je semedang. Lagipun masa praktikal I tajah pra asyik kawan dengan bebudak je, tak biasa tinggi suara :3 (fail betul cikgu ceni) Apapun setakat ni inshaAllah boleh sabar lagi, geram tu memang tapi biasa la bebudak dan diorang tak pernah masuk kategori kuaja & menjawab dengan tajah. BERANI NOK BUAT GITUUUU? haha

I love kids so much, but at some points I don’t think like I was really born to be a teacher, especially tajah sekolah rendah yang memerlukan suara petir & kegarangan tahap dasat untuk buat the whole class totally in control. Tapi tamau give up lagi, awal sangat nak downkan diri sendiri. InshaAllah berbaki few months ni I’ll try my best, kemon lah Alya hang bukan amik course perguruan pun. Kira okay la ni for a newbie with no basic hahaha pujuk hati. Kakak-kakak sana kata biasa la awal-awal pun diorang seminggu dua takde suara, pastu okay la dan suara jadi lebih lantang. Pecah suara orang kata (lol that just sounds so wrong).

Kirim doa untuk saya please! 😁

Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

Tuesday, April 4, 2017

Kak Tajah

Nabi kata bila Allah inginkan kebaikan bagi seseorang, Dia menjadikannya faqih dalam agama.

Dan sangat bersyukur kalau itu yang Allah nak bagi sekarang, melalui rezeki sebagai Kak Tajah di Madrasah Darussalam. Balik dari MAIDAM, tetiba Umi drive sampai depan Madrasah dan bagitau dapat keje. Buat surprise la kira sebab beliau tau fon saya mati, maka I had no idea haha comel je Umi. Tekezott yang amat sebab tak expect pun dapat memandangkan iv hari tu rasa hampeh semacam. Otak karat lepas sebulan mereput haha. Tapi betul la rezeki Allah ada di mana-mana.

Bila sampai tu ada lagi sorang akak ni diterima kerja sekali, Kak Farwah dan dia yang dipanggil dulu untuk serahan tugas. Then ada usrah, kagum la ada usrah guru wehh walaupun sebulan sekali je haha. Silibusnya kitab “Membina Fikrah Harakiyyah Islamiyyah” maka saya kembali mendengar istilah-istilah yang dah ditinggal sejak 4 tahun lalu Alhamdulillah uhuhu. Pastu disambung dengan meeting pasal Tamrin Tarbawi minggu depan (serius rasa macam balik zaman MPP je lol).

Kalau time praktikal kat SK Padang Midin dulu saya macam alone sadis sangat sebab semua cikgu berusia saya sorang je muda, kat sini Alhamdulillah majoritinya Ustaz & Ustazah muda 20an 30an camtu kecuali a few. Tapi lepas taaruf dalam meeting tu Mudir kata saya adik bongsu huhu. Dan mereka nampak sangat rapat & riuh antara satu sama lain, like how usrah mates should be. Maka rasa sangat lega and hope that I could get along very well too InshaAllah.

Nak ikut gaji, tak expect la tinggi sebab nama pun madrasah. Tapi Baba kata, apa yang penting ialah belajar tentang kehidupan. Belajar menghadapi suasana kerja untuk akan datang. I'm having a few insecurities like macam mana nak kawal kelas memandangkan saya bermasalah dalam bab cakap kuat-kuat, secondnya madrasah tu jauh dan saya tak pandai drive so how can I be on time setiap pagi, also nak ajar benda-benda yang dah tak berapa ingat. Kena study balik. Guru kat situ tak ramai, jadi sorang kena ajar banyak subjek- bukan subjek Diniah & hafazan je, subjek akademik pun. Redah je la nak oi hahaa

Overall, saya bersyukur sebab Allah bagi peluang untuk mengajar dan belajar. And now my cuti is officially over peh malasnyaaaa. Doakan saya!

Jumaat.
31 Mac 2017

Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

Monday, March 27, 2017

The Final Days (PART II)

Sambung entri sebelum ni :

That was the first day. And for the rest of it.. Mula membiasakan diri dan bersyukur dengan apa yang ada. Was’nt that bad tho, best je cuma sebab dah biasa selesa maka kami jadi manja *dush dushπŸ’£*. Here’s a random list of what we’ve done there (12 hari rasa lama gila seriesli) :

  1.        DEMAM

Bermula dengan Lamiey yang demam panas sampai kena masuk air dalam badan dan extend dua paper, juga Ziyad yang demam & batuk teruk extend Syafawi. Lalu rantaian ukhuwwah jom-sakit-bersama-kami ni bersambung pula dengan Zue, Eby, saya dan semua banat IQT kecuali Kak Sanah & Fidah je tak silap. Allahu memang ujian betul huhu siap ada yang ingat kami batuk saja buat lawak. EXCUSE US APA TAK CUKUP REAL KE BATUK TUπŸ˜“


2.  KAFE
Kat DQ ada 3 kafe: Kafe Pentadbiran, Kafe Dona (Banin) & Kafe Doni (Banat). Ke tertukar eh aku pun konfius haha. Harga standard je. Lepas bergilir buat show Jalan-Jalan Cari Makan kat 3 kafe tu selama beberapa hari, baru tau rupanya Banat takleh redah kafe Banin dan Banat DQ selalunya jarang jejak kafe malam-malam. Kami bebudak MTQN je sesedap sirap asal lapar je “Jom makan kat kafe” tak kira siang malam. Patut orang asyik tengok muka pelik, langgar peraturan tak bertulis rupanya. Halahh tumpang makan je pun bukan bayar pakai biasiswa dia haha 😝


3. TASIK
I’ve been there, lepak tepi tasik berapa kali pun tak ingat dah siap buat live lols. Cantik la, besar wui tasik dia. Nak buat port mengaji pun best, dekat dengan masjid. And we held our #SaofhaqFinalMeeting masa petang terakhir kat sana. Sesi photoshoot siap pakai baju batch lagi, and we also did our second Mannequin (The first one masa #SaofhaqDayOut). Rinduuu


4   IMTIHAN
Macam jadual yang saya post dalam entry sebelum ni, paper kami tak banyak. Duk lama sebenarnya sebab ada gap lama sebelum Tasfiyah. Maka, jadi pereput sejati sepanjang 4 hari tu huhu. Paper Tahriri Quran & last paper- Tarikh Qura’ & Tarikh Mashaf duk dalam dewan besaq yang mula-mula serius blur nak duduk mana. Sebab aci duduk je ikut syukbah dan line selang banin banat supaya tak meniru 😩 Sehah punya rezeki, time Tahriri sebelah dia banin DQ yang masyi & tak kedekut, baik hati tanpa diminta tolong baca kuat-kuat. “Aaaaa dok acinya Sehahhhhh😭”, jerit 10 banat lain termasuk saya haha.

Syafawi … Soalan dia MashaAllah, susah uii. Kecoh group DQ-MTQN dengan seruan-seruan “Marhaban Ya Tasfiyah” haha. Kami IQT pecah ke 3 bilik panel, giliran ikut nama. Dan dah menjadi habit kami sejak sem 1- bila sorang siap, semua kalut gi serbu tanya ”Kena soalan mende tadi?”. Kak Sanah & Syauqi (giliran first) dapat soalan senang je, sampai turn seterusnya terus ramai nangis haha. Tapi Alhamdulillah Ustaz Karmizi baik sangat (walaupun muka syadid), layan je patploh belas kali rayuan tukar soalan saya diikuti dengan “Saya lulus dok Ustaz?😰” di penghujung sesi. Nasib baik tak kena penampo, annoying gila budak ni dah la takleh jawab haha. Khamis tu keluar list nama Tasfiyah & berkat doa semua dan murah hati Ustaz, Alhamdulillah saya dan separuh lagi sahabat tak kena. Tapi sangat kagum dan rasa amazed tengok usaha sahabat-sahabat lain yang Tasfiyah masa hari-hari saya mereput tu. Beruntung, Allah pilih untuk lebih dekat dengan Quran. Qiraat Amali Alhamdulillah okay la, last minute tak tido hafal matan walaupun demam kira worth it, gagap itu biasa haha.

5.                 5. NOVEL USTAZ
Ustaz Ibrahim salah seorang Mumtahin yang pernah datang ke IQT masa semester berapa pun tak ingat, tapi sentiasa menjadi faveret student sebab baik sangat, Syafawi semua lulus kalau dengan beliau hihi. Bila jumpa kat kafe, terus kami eksaited dan macam biasa ajak sembang & bergambar. Ustaz semangat ajak gi bilik Ustaz, jadi satu hari tu kami (Zue, Sehah, Fidah, Saya) mewakili semua pergi la jumpa Ustaz, mintak taujihat sebelum balik. Alhamdulillah banyak Ustaz pesan, antara yang saya paling ingat “Kamu lepas ni jangan tinggal mengulang, jaga Quran. Sekurang-kurangnya bila grad tu kamu ada 20 juzuk, bukan ingat surah Ad-Dhuha je. Baru la rasa berbaloi terima sijil Diploma, ada benda yang kamu dapat”. Tudiaaaa sentap baqhang.😫

Dan... Novel Ustaz? Tu kisah macam mana beliau kawen dengan isteri beliau haha. Panjang & best yang amat, one fine day I’ll write about it inshaAllah. Kalau rajin ah. Update blog pun malas, ada hati nak tulis novel puiii

           6.  SMUTEM
Lupa SMUTEM tu stands for apa, tapi setiap tahun ada taklimat ni lepas final untuk student JAKIM semester 6, explain pasal nak sambung belajar & Skim Pembiayaan Huffaz. Dengan bayaran RM20+RM30 untuk Universiti Awam (UA), universiti luar tak ingat berapa, SMUTEM akan bantu dalam a few important things untuk sape yang berminat mendaftar. Most of us do. Dan hari-hari terakhir itu menjadi semak dengan dilemma “Lepas ni nak sambung mana?”.

           7. TAARUF
Bilik kat DQ banyak, aras pun pening. Bilik paling dekat dengan kami cuma INSPI (geng Ganu) je, MTQ negeri lain – Kedah, Sarawak, Melaka etc etc tu semua jauh sikit. Maka, menjadi satu kemalasan bagi kami nak ketuk pintu bilik depa ajak sembang. So, taaruf pun bila terserempak or duk sebelah je la. Tanya nama, DQ/MTQN mana, sembang sikit pastu lupa dah muka sebab ramai sangat. Saya lettew haha. Tak sempat nak berukhuwwah mana pun kat sana, masing-masing sibuk ngulang & study maka automatik jadi assobiyah sikit :3 Tapi Banin bagus la, meriah group diorang duk sembang, lepak sesama campur DQ-MTQN macam dah lama kenal.

8.                8. JODOH BERTEMU DI TASIK DQ
Amboi point takleh blah. Maka memandangkan masing-masing dah habis sem 6 dan rasa masuk fasa layak kawen, terselit juga aktiviti usha budak MTQN lain yang dijalankan oleh segelintir student kerana mungkin rasa berpeluang cerah jumpa jodoh lain negeri lol. Banin kami sangat protective dan jawab “Ahhh takdok takdok, banat sep aku semua berpunya doh” bila orang tanya tapi yang kelakarnya siap cerita “Femes weh banat IQT sini, orang kenal blabla. Bangga rasa Banin.” Sebab apa bangga pun aku taktau hahaπŸ˜…

           9. CLASS TRIP
Masa hari-hari mereput tu tak sabar betul nak balik tapi last day tu rasa sayu je, sayang nak tinggal DQ. Sebenarnya, sayang nak habis Diploma. Sayang nak berpisah dengan semua. Dannn sebelum bertolak balik, kami ke KL kejap round Time Square. Comel je ramai-ramai ikut Eby &Asiah naik monorel apa semua macam anak ayam hahaha masing-masing jakun. Nasib baik ada budak Keyellll. Sampai TS, makan pastu berpecah. Ada yang gi main bowling, theme park, tengok movie, window shopping camtu la dan gather semula masa nak balik. Naufal sanggup drive dari jauh semata-mata nak join sekali sebab this might be the last time boleh gather ramai-ramai. Masa kat DQ pun dia datang jumpa semua, bawak goreng pisang bagi moral support haha 😊πŸ’ͺ

Sesi drama air mata bermula bila mana Asiah & Eby dah tak ikut naik bas sekali balik Ganu, jadi kami berpisah kat situ. Naik bas terus kena bahan sebab nanges. Kuaja. But it’s a good thing cs I didn’t cry for long sebab diorang buat lawak.

           10. MEREMPAT
Alhamdulillah selamat sampai IQT pukul 1.30 pagi camtu, setelah berjam-jam layan perasaan & sembang dalam bas yang tak semeriah masa otw pergi. Bila sampai terpaksa merempat tumpang tido rumah adik-adik (our ex-rumah sewa huhu) dan saya terpaksa stay lama sikit sebab Umi Baba gi KL, takde orang kat rumah. But a BIG thanks to adik-adik (Sumayyah, Aisyah, Rahmah, Tasnim, Baiti, Maryam, Muja, Syahida, Pqah, Kimie, Syu) for being awesome companies walaupun mula-mula Kakya segan gila sebab sensorang. But they treated me so well & kelakar yang amat πŸ˜‚ I had such a nice moment tho, siang tu pun ada Lamiey, Fidah, Kyrah, Coki, Timoh & Kakyan sama-sama isi borang & bergambaq. So I can simply say that my last day in IQT ended so well.


Special thanks to Arina, mangsa orientasi kami seminggu kat IQT yang sambut kami spesel kawkaw dari first day kat DQ sampai kami naik bas balik. Not to forget Nisreen Comey, Ainaa Athirah, Ayie of MTQ Perlis, juga sahabat-sahabat DQ & MTQN lain walaupun tak sempat kenal semua-- for helping us a lot sepanjang kat situ. Jazakumullahukhair. Moga kejayaan milik kita semua, inshaAllah πŸ˜‡πŸ’“ Lepas ni dah bawak haluan masing-masing. Fihifzillah guys!



Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)